Saya dan Public Gold

Nama saya Mohd Razani. Saya adalah dealer sah Public Gold (PG018539) sejak tahun 2011. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya telah membantu ramai masyarakat diluar sana bagaimana caranya untuk membuat simpanan emas yang betul.

Laman web jomsimpanemas.net ini akan berkongsikan serta memberi panduan #SimpanEmas dengan cara yang mudah, mampu milik, selamat serta patuh syariah. 

Anda akan dibimbing satu per satu sehingga berjaya dengan sistem sokongan yang yang saya sediakan termasuklah di medium web, facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan juga Telegram.

Kenapa Perlu Simpan Emas

  • Tiada zaman orang mengatakan harga emas murah. Ianya sentiasa mahal sepanjang zaman.
  • 30 tahun dahulu ketika harganya sekitar RM30 per gram, ianya dikatakan mahal ketika itu.
  • Hari ini pada tahun 2020 harganya berlegar disekitar RM250 per gram, ianya masih dikatakan barang yang mahal untuk dimiliki.

Justeru itu, saya rumuskan dua sebab utama kenapa kita semua perlu simpan emas:

  1. Perlindungan dari hakisan inflasi matawang semasa.
  2. Merawat kobocoran simpanan duit tunai.
Daripada rumusan inilah, akan bercambahnya objektif-objektif simpan emas yang lebih terperinci mengikut keperluan setiap individu yang pelbagai.

Bagaimana nak mulakan simpanan emas Public Gold

  • Dapatkan info awal tentang ilmu emas
  • Window Shopping
  • Buat belian emas pertama di Public Gold

Cara Membuat Pembelian Emas Public Gold

Walk in ke Cawangan Public Gold Terdekat

Ada 18 Cawangan Public Gold Di Seluruh Malaysia

Lock Order Di Portal Web Public Gold
  • Bayaran penuh
  • Bayaran ansuran patuh syariah
Buka Akaun Emas GAP Public Gold
  1. Pengenalan GAP
  2. Ciri-ciri akaun GAP
  3. Bagaimana mendaftar akaun GAP
  4. Bagaimana membuat tambahan belian
  5. Bagaimana membuat pengeluaran emas fizikal
  6. Bagaimana menjual semula emas di akaun GAP
  7. Bagaimana memajak ArRahnu dari akaun GAP
  8. Bagaimana nak jual semula emas Public Gold.

Pengurusan Dan Penggunaan Portal Web Public Gold

Semak Harga Emas Semasa Public Gold

Harga emas semasa di Public Gold akan dikemaskini setiap 20 minit setiap hari. Ini selari dengan pergerakan harga emas dunia dan penyimpan emas boleh membuat analisa awal bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual emas.

Membuat Transaksi Jual Beli Emas Fizikal
  1. Tentuan item goldbar apa yang hendak di beli atau dijual semula.
  2. Lock harga jual atau beli berdasarkan harga semasa di portal web Public Gold.
  3. Buat temujanji dengan cawangan yang terdekat untuk mengambil atau menghantar item golbar.
Mengurus Akaun Emas GAP
  1. Membeli gram emas berdasarkan harga semasa.
  2. Menjual gram emas berdasarkan harga emas semasa.
  3. Menukarkan (pengeluaran) gram emas kepada emas goldbar fizikal
  4. Menukarkan gram emas ke akaun e-wallet PGMALL.
  5. Mengemaskini maklumat semasa seperti pewaris, alamat terkini, no akaun bank dll.