Nota Emas Dan Syariah 5 #NOTAEDS5

#NOTAEDS5 Dalam muamalah (Islamic transaction), penentuan jenis akad dan bila berlaku akad amat amat penting. Jenis akad yang berlainan akan membawa tanggungjawab, syarat dan kesan yang berbeza. Kena tahu adakah ia akad jual beli, atau sewaan, atau pinjaman, atau pelaburan, atau kerjasama dan lain-lain.
Kadang-kadang jenis akad ini ditentukan melalui namanya. Kadang-kadang akad ini tidak bernama, tapi dari ciri-cirinya kita tahu jenis akadnya. Dalam bisnes Public Gold, ada beberapa akad yang biasa berlaku seperti akad jual beli (al-bai'), akad pinjaman (qardh), akad simpanan (wadiah), akad upah (ujrah), akad sewaan (ijarah) dan lain-lain. #khairulanuarbasridotcom #emasdansyariah #celikemas #publicgold

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*