Nota Emas Dan Syariah 7 #NOTAEDS7

#NOTAEDS7 Akad jual beli emas, mesti wujud emas untuk jual dan beli. Jika kita serahkan sejumlah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan (mudharabah). Dalam akad mudharabah, jika untung dibahagi mengikut persetujuan. Jika rugi, ia mesti ditanggung oleh pemodal.
Akad pelaburan, modal dan keuntungan tidak boleh dijamin. Kalau dijamin, maka tidak sah dan haram. Macam kita melabur dalam skim cepat kaya emas, siap dengan jadual keuntungan bulanan, itu semua haram dan tidak sah. Ia adalah riba! #khairulanuarbasridotcom #emasdansyariah #publicgold #celikemas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*