Tip Mudah Simpan Emas 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Ramai pihak menyebut tahun 2017 sebagai tahun yang mencabar bagi ekonomi. Fakta ini mungkin merujuk kepada sitausi dimana inflasi semakin meningkat, nilai matawang ringgit (RM) semakin menyusut, sektor buruh dan pekerjaan semakin agak sukar, harga barangan semakin meningkat dan paras harga petroleum yang rendah agak merimaskan negara-negara pengeluar bahan bakar minyak (BBM).

Baiklah, satu aspek yang paling penting bagi menghadapi zaman-zaman kegawatan ini adalah dengan menyimpan bekalan yang sepatutnya. Bagi saya, inilah masanya yang terbaik untuk kita mula memenuhkan tabung kecemasan.

EMAS! Ya emas juga adalah satu bentuk simpanan yang ampuh yang tetap relevan sepanjang zaman. Ianya telah terbukti zaman-berzaman sabagai satu bentuk matawang yang tidak dimamah inflasi sama sekali sekaligus emas adalah satu bentuk pelindung kekayaan yang hebat (insurans).

Justeru itu, saya telah mengumpulkan 9 tip-tip yang mudah sebagai rujukan dan panduan bagaimana untuk  bermula menyimpan emas dengan mudah. Selamat membaca dan semoaga ada manfaat buat semua.

TIP #1 BERMULA DENGAN NIAT

Letakkan niat yang baik untuk menyimpan emas. Lain orang lain niatnya. Sekadar menyebut 2 point utama perkara yang boleh memotivasikan kita untuk memulakan menabung emas :

1. Nilai RM berbanding USD yang semakin menyusut, sedangkan harga emas untuk jangka masa panjang terus meningkat.

2. Alternatif kepada simpanan wang yang sering bocor untuk perkara2 yang tidak sepatutnya dibelanjakan.

TIP #2 GOAL SETTING

Menyimpan emas juga perlu ada matlamat yang hendak dicapai. Letakkan matlamat yang jelas, spesifik dan mampu untuk dicapai.

Contoh :
Matlamat – Dana pendidikan universiti anak.
Target simpanan emas – 100gram
Tempoh – 10 tahun

Simpanan 100g bermula dengan 1g pertama. Mula sekarang!

TIP #3 KNOW-HOW PENTING

+ Tahu bagaimana nak bermula simpan emas.

+ Tahu juga bagaimana untuk merancang menyimpan emas jangka panjang.

+Tahu apa ciri2 emas yang terbaik untuk simpanan dan pelaburan.

+ Tahu produk emas mana yang terbaik di pasaran.

+ Tahu item apa yang sesuai dengan bajet dan perancangan anda.

Ambil masa untuk membuat sedikit analisis dan bacaan asas tentang emas. Stay tune dengan FB saya dari masa ke semasa.

TIP #4 KONGSI PELAN ANDA

Kongsi dan komunikasikan pelan simpanan emas anda dengan orang lain. Mungkin juga dengan orang yang terdekat atau orang yang paling anda percayai.

Komunikasikan juga kepada diri sendiri. Sama ada dalam bentuk visual atau lisan (self-talk).

Semua ini bertujuan untuk supaya kita kekal positif dan terus berusaha untuk menyempurnakan matlamat dan impian kita.

TIP #5 PERSEKITARAN POSITIF

Dalam apa jua situasi, persekitaran positif memainkan peranan yang penting. Ia mampu mempengaruhi minda dan jiwa yang sihat.

+ Dengan siapa kita bergaul
+ Bahan apa yang kita baca
+ Perkara apa yang kita lihat
+ Perkara apa yang kita dengar

Jadi, untuk menyimpan emas cari dan ciptalah persekitaran yang mampu membina kekuatan kita. Rujuk dan berkawanlah dengan insan2 yang punya matlamat dan harapan yang sama.

TIP #6 TAMBAH ILMU

Mulakan dengan ilmu sebelum menyimpan emas. Dengan kemudahan internet yang baik hari ini, banyak sumber boleh dirujuk. Antara lain untuk tingkatkan kefahaman tentang ilmu emas, bolehlah :

+ Membaca buku2 tentang pelaburan emas
+ Hadiri seminar dan bengkel emas
+ FB walking dan Blog walking sifu2 emas
+ Download preview ebook asas emas
+ Subscribe newsletter melalui email
+ Personal coaching

Jadilah penyimpan dan pelabur emas yang bijak dan berilmu. Dengan ilmu kita akan tahu kemana halatuju kita dan apa kita nak buat dengan emas2 kita.

TIP #7 KONSISTEN MENYIMPAN

Amalan yang terbaik adalah amalan yang dilakukan sedikit tetapi berkekalan (Istiqamah). Cara terbaik simpan emas juga adalah secara konsisten. Sedikit-sedikit lama2 jadi bukit. 1gram sebulan, lama2 jadi berkilo-kilo.

Senario konsisten :

+ Setiap bulan lepas dapat gaji
+ Setiap kitaran pengambilan untung niaga
+ Setiap tahun pengiraan dividen saham

Rancanglah dengan baik dan masukkan emas dalam bajet aliran tunai semasa supaya kedudukan kewangan menjadi stabil dan kukuh.

TIP #8 BIAR REALISTIK

Penyimpan emas harus bersifat realistik. Jangan dikuasai emosi. Sebab itulah sediakan ILMU sebelum EMAS.

+ Realistik pada harapan harga emas. Ianya tidak sentiasa naik.
+ Realistik pada bajet. Pilih item emas yang sesuai dengan bajet.
+ Cukupkan dahulu tabung kecemasan sebelum simpan emas.
+ Jangan usik bajet belanja bulanan yg lain e.g duit susu anak.

Jadi, rancanglah kewangan kita secara holistik. Letakkan elemen simpanan emas sebagai faktor pelengkap kepada portfolio simpanan dan pelaburan. Jadilah penyimpan emas yang bijak dan realistik.

TIP #9 BERMULA SEGERA

Ya! kawan2 kena membuat keputusan bila untuk bermula. Sebaiknya bermula dengan segera. Pemilikan 1 gram yang pertama adalah penting kerana ianya akan menjadi penanda aras simpanan emas kita.

Antara senario biasa mengapa ramai diantara belum mengambil keputusan untuk bermula adalah :

+ Menunggu harga emas termurah
+ Tidak cukup bajet untuk simpanan emas
+ Menunggu betul2 faham baru nak menyimpan

Baiklah. Bagi menjawab persoalan2 di atas, saya sarankan kawan2 milikilah dahulu emas 1 gram pertama dan dari situ keyakinan dan kefahaman tentang emas akan terbian dan terpupuk.

RUMUSAN

9 tip mudah simpan emas 2017 yang saya kongsikan ini hanyalah panduan asas untuk kita memahami bagaimana harus untuk memulakan simpanan emas. Emas adalah satu bentuk simpanan dan pelaburan yang ideal untuk jangka masa panjang. Sudah pastilah untuk menempuh satu perjalanan yang jauh dan panjang, kita mesti menyiapkan kekuatan diri dari segi ilmu dan mental. Tanpa kefahaman dan matlamat yang jelas dan betul, menyimpan emas hanyalah menjadi keseronokan semata-mata.

Sila follow saya di Facebook (MOHD RAZANI) juga untuk info-info dan perkongsian terkini tentang emas. >>>>>> MOHD RAZANI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*