5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan

[Artikel kemaskini 13 Jun 2017] Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau nak beli emas untuk pelaburan, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar). Gold bar dan syiling biasanya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan ke atas. Yang paling banyak di pasaran sekarang ialah berketulenan 999.9.

Barang kemas tak sesuai untuk pelaburan sebab harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi. Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Jadi kalau nak beli emas untuk pelaburan, beli hanya bentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar).

Semak Kriteria Secara Pakej

Kalau nak beli gold bar atau dinar, mesti semak 5 kriteria paling penting secara pakej sebelum beli. Jangan main beli sahaja. Dan jangan hanya tengok kepada satu kriteria sahaja sebab berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam jual beli emas sejak tahun 2010, emas paling murah tak semestinya emas tu paling baik. Sama macam nak pilih bakal isteri juga. Perempuan paling cantik tidak semestinya ia caloin isteri yang terbaik.

Bila nak pilih calon isteri terbaik, Nabi SAW suruh kita ambil kira 4 kriteria penting iaitu: Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya dan juga Agamanya. Nabi SAW suruh membuat pertimbangan secara pakej. Bukan hanya satu kriteria.

Jadi begitu jugalah cara nak pilih emas terbaik. Bagi saya tak kisah apa jenama sekalipun, kita mesti buat penilaian SECARA PAKEJ. Kriteria itu akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut. Kriteria yang saya maksudkan ialah:

  1. Harga rendah
  2. Spread nipis
  3. Stok tiada had
  4. Cawangan jual beli banyak
  5. Syarat jual balik tak cerewet

#1 – Harga Rendah & Bebas GST

Sebelum beli, bandingkan “harga per gram” emas tersebut dengan pengeluar emas yang lain. Buat sedikit “homework”, semak harga tiga pengeluar emas sebagai perbandingan. Harga setiap pengeluar kita boleh semaknya terus daripada laman web pengeluar tersebut.

Harga lebih rendah lebih baik sebab kita boleh beli lebih banyak gram dengan bajet yang sama. Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sekurang-kurangnya kena pastikan harga emas tersebut lebih rendah berbanding harga kedai emas yang menjual barang kemas perhiasan.

Masa semak harga pun kena hati-hati juga. Semak sekali kos lain yang berkaitan. Banyak pengeluar emas, harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk caj-caj lain, antaranya caj GST, caj premium, ataupun kos upah. Maka bila semak harga, tanya juga caj- caj lain (jika ada). Lepas tu barulah bahagikan dengan berat emas tersebut untuk kira berapa “harga per gram” sebenarnya.

Kalau di Malaysia, platform jual beli emas pelaburan paling utama (dan bebas GST) buat masa sekarang ialah:

#2 – Spread / Susut Nilai Nipis

“Spread” selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Tapi istilah “susut nilai” tu bagi saya ia tak tepat sebab ramai yang salah faham “susut nilai” sebagai “depreciation” atau kejatuhan nilai. Itu salah. Jadi saya lebih suka menggunakan istilah asal daripada bahasa Inggeris iaitu “spread” atau “spread margin”.

“Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli sebagaimana kita berurusan dengan money changer.

“Harga Jual” maksudnya harga mereka (penjual) jual emas itu kepada kita. “Harga Beli” maksudnya harga mereka beli semula daripada kita kalau kita nak jual balik. Kalau di website Public Gold, sentiasa ada dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. Jadi bila nak beli emas, kita kena semak “Harga Jual”. Bila nak jual balik emas tu kepada mereka, semak “Harga Beli” di website pengeluar emas itu. Jangan terbalik!

harga emas gold bar public gold 13 jun 2017Contoh harga semasa yang dipaparkan di website Public Gold. Harga “PG Sell” dan “PG Buy”.

Untuk semak kadar spread, kita perlu kira sendiri berdasarkan harga yang di website pengeluar. Macam mana cara kira spread emas? Ini contoh dan formula pengiraan untuk gold bar 10 gram dengan andaian “Harga Jual” ialah RM1,900 manakala “Harga Beli” RM1,729 sekeping:

formula kira pengiraan spread susut nilai emas

Berdasarkan pengalaman saya, spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau lebih 10%, baik lupakan sahaja emas itu. Banyak lagi emas lain yang spreadnya di bawah 10%.

Lagi rendah (atau nipis) spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Kalau di kedai emas, mereka hanya publish satu harga iaitu “Harga Jual” sahaja. Mereka tak publish “Harga Beli” sebab pembeli barang kemas selalunya membeli emas untuk perhiasan, bukan untuk jual balik macam emas pelaburan. Kalau nak jual balik, biasanya pekedai emas akan tolak 25% hingga 40% berbanding harga jual semasa. Itu antara sebab utama kenapa barang kemas kurang sesuai dijadikan pelaburan. Spreadnya sangat-sangat tinggi! Takut ‘menangis’ bila nak jual nanti.

Akhir sekali tentang spread ini, walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah, kadar spread adalah tetap. Ia cuma berubah bila berlaku perubahan dalam pasaran emas seperti kerajaan mula kenakan caj GST, pergerakan harga yang sangat ekstrim dan sebagainya. Kadar spread sebenarnya adalah kadar keuntungan penjual emas. Itulah juga yang digunakan untuk membiayai kos operasi syarikat pengeluar.

#3 – Stok Tiada Had

Apa yang selalu berlaku dalam pasaran emas, banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”. Kalau nak beli juga, kita kena tunggu harga emas naik tinggi balik. Ini memang merugikan kita sebagai pelabur emas . Sepatutnya, masa harga jatuh lah waktu terbaik untuk beli dengan lebih banyak supaya dapat maksimumkan keuntungan!

Lebih malang lagi bagi pelabur emas yang “big buyer”. Walaupun harga tengah murah, kita hanya boleh ‘melopong’ sahaja tengok harga murah tu.

Apa yang saya perhatikan, antara pengeluar emas yang mampu supply emas tanpa had kepada pelabur runcit di Malaysia buat masa ini ialah hanyalah syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (ringkasnya dipanggil “Public Gold”). Public Gold mampu supply emas tanpa had. Hatta kalau nak beli emas 100 kilogram sekalipun, Public Gold mampu supply dan mampu sediakan stok tu dalam tempoh yang munasabah, walaupun harga emas jatuh mendadak.

mesej public gold harga rendahMesej yang saya terima masa harga emas jatuh tahun 2013. Ketika banyak pengeluar emas lain tak boleh jual bila harga rendah, Public Gold buat promosi gila-gila menggalakkan orang membeli ketika harga rendah sebab Public Gold mampu supply emas tanpa had.

Dan yang lebih menarik, Public Gold ada sistem ‘lock harga’. Kita boleh booking emas mengikut ‘real-time’ harga emas dunia. Kalau harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh booking pembelian mengikut harga pukul 12.00 malam itu. Seterusnya urusan bayaran dan ambil emas tu pada hari berikutnya di cawangan Public Gold terdekat. Kalau jumlah besar, kena tunggu shipping daripada HQ Public Gold di Penang.

Bagi saya, fasiliti ini sangat mesra pelabur (investor-friendly). Ia membolehkan kita jana keuntungan maksimum daripada pelaburan emas.

#4 – Cawangan Jual Beli Banyak

Berapa banyak cawangan jual beli yang pengeluar tu ada sangat penting supaya senang urusan jual beli nanti. Kalau pengeluar tu ada ejen, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ejen sebab komitmen ejen tak menentu. Terutamanya bila nak jual balik emas tu nanti.

Pemerhatian saya, ramai ejen boleh menjual emas tetapi tak ramai yang mampu beli balik bila kita nak jual emas itu sebab modal ejen sangat terhad. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.

Kalau cawangan pengeluar tu jaraknya jauh, kita terpaksa keluarkan kos tambahan; kos petrol, tol, ataupun kos masa. Kena ambil kira juga faktor ini sebelum beli sesuatu jenama emas. Pastikan senang beli, dan senang jual.

pejabat office cawangan public gold 2017Public Gold adalah pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia. Mempunyai lebih 18 cawangan seluruh Malaysia. Satu cawangan di Singapore dan satu cawangan di Jakarta, Indonesia.

#5 – Syarat Jual Beli Tak Cerewet

Ini syarat paling penting apabila nak jual emas tu nanti. Sebelum membeli, kenal pasti dahulu syarat yang diletakkan oleh pengeluar untuk beli balik emas tu nanti.

Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi. Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!

Kalau pengeluar asal tak beli balik, kita terpaksa jual ke mana-mana kedai emas dengan spread 25% hingga 40%! Aduh… Menangis la…

emas pamp suisse lady fortunaEmas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! Kebanyakkan emas pelaburan yang dijual di bank dan kedai emas biasanya berseal.

emas public gold lbma 20 gram buka sarung plastik sealPublic Gold jamin beli semula emas walaupun sarung plastik (seal) tu dibuka dengan spread cuma 10%. Emas lain biasanya 25%.

Emas yang paling baik ialah emas yang pengeluarnya jamin beli balik tanpa banyak syarat. Kalau emas itu calar (yang selalunya sebab ujian ketulenan semasa proses pajakan) atau plastik pembalutnya terbuka, pembekal itu jamin beli emas itu dengan harga tinggi. Bukan semua pembekal emas jamin beli semula emas yang mereka jual.

Pernah ada satu kes, seorang pembeli emas membeli satu jenama emas daripada satu pembekal di Malaysia dengan nilai RM2 juta. Pembelian tu dibuat dengan alasan itulah emas yang termurah katanya. Tapi masa dia nak jual balik emas tu 2 tahun lepas tu, supplier tak beli balik! Maka dia terpaksa jual emas tu kepada pekedai- pekedai emas dengan spread 25%. Ia amat-amat merugikan.

Ada situasi lain, banyak juga kes pengeluar jamin beli balik emas tu tetapi bila nak jaul balik dalam dalam jumlah yang besar, pengeluar tidak mampu membeli! Mereka tak cukup modal. Maksudnya walaupun pengeluar tu jamin beli balik semua emas mereka, kita mesti semak juga kekukuhan syarikat tu sendiri. Kalau tak nanti janji hanya tinggal janji…

Nilaikan Secara Pakej

Itulah 5 kriteria paling penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana emas pun tak kisah. Lepas semak kelima-lima kriteria tu, barulah boleh pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’. Ia menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan.

Ingat pesanan terpenting ni; buat penilaian secara pakej! Bukan hanya satu kriteria.