Harga emas melambung

23 July 2020 | Hari ni harga emas melambung lagi. Itu dah memang adatnya sebab emas ni diniagakan di pasaran komoditi. Antara perkara yang trigger kenapa harganya melambung pada masa ini adalah antaranya disebabkan peningkatan semula jumlah kes covid secara mendadak di seluruh dunia.
Kita tengok dalam dua ke tiga hari ni sama ada harga akan kebah semula atau terus menaik. So sesiapa yang berhajat nak beli emas tu, boleh tangguhkan kejap sementara harganya reda. Tapi kalau naik tak turun kembali, saya tak boleh nak jangka apa-apa. Sebab saya bukan nujum pak belalang.

Tapi, apa yang boleh saya cadangkan begini.

Sekiranya anda nak beli emas untuk disimpan, just beli sahaja dan simpan elok-elok untuk kegunaan di masa hadapan. Beli dan lupakan. In Sya Allah, berdasarkan trend prestasinya saban tahun, ia tetap akan naik tetapi dalam mood slow and steady.

Sekiranya anda nak beli emas hanya untuk mengambil untung dalam jangka masa pendek, senang ceritanya nak jadi pelabur emas tegar macam main sahamlah, saya cadangkan ambil tempoh bertenang dahulu. Tenung-tenung grafnya untuk dua ke tiga hari ini, sambil-sambil ambil tahu faktor-faktor fundamental apa yang berlaku pada isu-isu politik, ekonomi dan sosial secara global.

So, kesimpulannya simpan emas ni sifatnya moderate. Boleh memenuhi kehendak anda sebagai penyimpan, pelabur mahupun seorang saudagar emas.

Sekali lagi, kalau nak mula simpan emas sekarang ni memang boleh sangat. Mudah sangat caranya dengan kos bermula yang paling mampu milik. Selamat untuk berurusniaga dan pastinya patuh Syariah.

Jom #simpanemas Public Gold!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*