MOHD ZULKIFLI SHAFIE

foto-zulkifliMohd Zulkifli Shafie, beliau adalah pemilik blog MohdZulkifli.Com yang beliau usahakan semenjak April 2008. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1980.Beliau juga adalah anak kelahiran Johor, tetapi dibesarkan di negeri Serambi Mekah, Kelantan.

Kerjaya Akauntan & Usahawan

Dari sudut kelayakan, beliau adalah seorang Chartered Accountant yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Beliau pernah bekerja sebagai Internal Auditor dengan sebuah syarikat swasta dalam industri insuran, reinsuran dan takaful di Kuala Lumpur dari tahun 2003 – 2013.

Menulis Blog

Beliau mula menulis blog sejak 2008, iaitu selepas mendapat semangat baru bila beliau bebas dari segala hutang tahun 2007. Itupun atas cadangan sahabat saya Saudara Hafizi. Sebelum menulis di blog, beliau suka berkongsi ilmu dan pengalaman baru melalui penulisan, yang beliau rasa boleh memberi manfaat kepada pembaca. Pada waktu itu, beliau hanya menulis dan menyebarkannya dalam yahoogroups sahaja. Artikel-artikel yang beliau tulis seolah-olah hilang begitu sahaja tanpa di arkibkan. Beliau berasa puas apabila dapat memberi sentuhan dalam hidup orang lain melalui penulisan.

Fokus penulisan beliau pada peringkat awal ialah tentang kewangan, kekeluargaan dan kehidupan beragama. Tapi setelah dapat pengalaman tentang bisnes, dan emas, beliau mula berkongsi ilmu tentang bisnes dan pelaburan emas yang sebenar.

Bisnes Sendiri

Selain bekerja dan meneruskan hobi menulis secara sambilan, beliau menjalankan bisnes sendiri bersama isteri. Pada peringkat awal, ia hnyalah untuk menampung kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama isteri beliau hanya fokus menjaga anak-anak mereka sendiri. Tidak sanggup menswastakan penjagaan anak-anak kepada orang lain, terutamanya mereka yang tidak dikenali latarbelakang agamanya. Tapi sekarang alhamdulillah, bisnes telah banyak memperbaiki tahap kewangan mereka dan ini telah membuka perspektif baru dalam kehidupan. Hidup tanpa bebanan hutang dan pinjaman, dan sedikit simpanan yang cukup untuk tidur lena waktu malam. Alhamdulillah.

Mulai 1 Disember 2013, beliau beralih ke dunia perniagaan sepenuh masa untuk memberi lebih fokus kepada bisnes yang mereka usahakan suami isteri dan memberi lebih fokus kepada pendidikan anak-anak. Bisnes memberikan beliau fleksibiliti untuk seimbangkan antara tuntutan kerjaya dan hidup berkeluarga, alhamdulillah…

Menulis  buku ZERO HUTANG

Sila baca mengenai penulisan buku ini di sini  < Buku ZERO HUTANG! >

cover-buku-zero-hutang-1024x766