Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

[Kemaskini 16 Julai 2018] Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM200 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Kaedah belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar LBMA 1 gram Public Gold edisi standard.

Syarat dan terma Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:

#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)

#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)

#3 – Spread / Susut Nilai : Spread atau “susut nilai” KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (9%), 5 gram (9%), 10 gram (9%), 20 gram (8%), 50 gram (7.5%), 100 gram (7%), 250 gram (6%) dan 1 kilogram (6%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)

#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)

#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)

#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)

#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)

#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram.

harga emas gap 31 Ogos 2016Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 5071 3410 4563 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.

cara-order-GAP-public-goldIkut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada ibnushafie@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk telak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG002369, Mohd Zulkifli Shafie. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +6 019-336 8009 sebagai makluman dan saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

gap statementIni contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

gold bar 999 24k lmba public goldAntara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.

dinar emas 24k 999 public goldBoleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

design gold bar 1 gram public goldBoleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

emas public gold premium ogos 2017Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

emas gold bar public gold 1 gram 5 gram lbmaBerdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

Wassalam.