Tentang Public Gold

The Majestic Public Gold Global Business Centre

Di tubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Public Gold menyediakan satu ruang yang bersepadu untuk aktiviti-aktiviti jual beli emas termasuk pengilangan produk emas, menguruskan pusat pertukaran dan penjualan emas dan pada masa yang sama menawarkan kemudahan penyimpanan (safety box) kepada orang awam. Bukan setakat itu sahaja, Public Gold juga menjalankan urusan jual beli matawang emas, dinar emas, matawang wang perak dan juga dirham sebagai matawang Islam yang membolehkan orang Islam menjalankan urusniaga, menyimpan dan membayar zakat dengan menggunakan medium emas.

Nama PUBLIC GOLD diperolehi dari prinsip Dato’ Wira Louis yang mana beliau percaya bahawa rakyat marhaen dan orang awam harus diberikan peluang yang sama untuk memiliki emas, kerana kestabilan emas itu sendiri dan ianya boleh digunakan sebagai medium pertukaran antarabangsa. Maka nama Public Gold terbit dari prinsip kepercayaan ini.

Ibu Pejabat Public Gold terletak di kawasan strategik Technoplex, zon Industri bebas cukai (fasa 4) Bayan Lepas Pulau Pinang. Cawangan yang pertama telah dibuka pada tahun 2008 di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Keseluruhan cawangan yang dimiliki Public Gold kini ialah sebanyak 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Singapura.

Bagi memenuhi permintaan ramai, Public Gold telah berkolaborasi dengan syarikat terkenal Turki, Nadir Metal Refinery Group. Public Gold juga telah dilantik sebagai pengedar tunggal yang sah oleh London Bullion Market Association (LBMA) untuk menjalankan pelaburan logam berharga (precious metal) di Malaysia. Matawang dinar keluaran Public Gold adalah satu-satunya matawang emas Islam yang dikecualikan dari cukai GST di Malaysia.

Dengan kesemua faktor-faktor di atas, Public Gold telah dioperasikan secara bersepadu sebagai pusat perdagangan emas fizikal termasuklah penggunaan sistem penjualan emas fizikal. Sistem berkomputer ini telah dibangunkan oleh sendiri oleh pakar-pakar IT Public Gold. Sistem yang dinagunkan ini boleh diakses secara terus 24 jam sehari untuk membolehkan order jual beli emas di lakukan.

Public Gold juga telah menjalinkan kerjasama erat dengan “Oracle ERP Solution”, sebuah syarikat penyedia sistem dan database terkenal dunia untuk melaksanakan sistem “Enterprise Resources Planning” (ERP) yang canggih yang mana ianya memacu syarikat ke tahap yang lebih maju semenjak May 2015.

Degan perkembangan yang sangat pesat, baru-baru ini Public Gold telah menembusi pasaran luar negara seperti Vietnam, Singapura dan Indonesia untuk membawa jenama Publig Gold ke tahap yang lebih tinggi.

 

majestic

Sumber : Laman web Public Gold

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*