Kata Pengantar Nota Emas Dan Syariah #NOTAEDS

DO OR DIE

Sejak saya mula berjinak dengan emas Public Gold pada tahun 2013, saya melihat satu lompong yang luas antara emas dan aplikasi Syariah terutamanya dalam transaksi kewangan moden.

Ramai bercerita tentang emas sebagai wang sebenar, peri pentingnya menyimpan emas sebagai alternatif simpanan tunai dan 1001 kelebihan emas berbanding wang tunai.

Tetapi konklusi yang dibuat hasil amaran dan “ugutan” golongan agama yang keras ialah; beli emas sangat berisiko untuk terlibat dengan riba. Jadi, jangan beli emas!

Di suatu sudut yang lain pula, golongan penunggang agama yang mengambil mudah dengan hukum hakam juga menggunakan kejahilan masyarakat sebagai batu loncatan melariskan skim cepat kaya berasaskan emas.

Hukum hakam Syariah lahir daripada sudut pandang yang tepat dengan aplikasinya. Bagaimana bisa lahir hukum yang jitu jika tiada model bisnes yang boleh dipadukan?

Public Gold adalah model bisnes – yang saya fikir terbaik buat masa ini. Hukum yang lahir daripada bisnes model yang wujud akan lebih menjijak ke bumi. Ia tidak terawang-awangan. Ia bukan sekadar cantik pada kertas kajian dan dijenamakan dengan nama parameter dan standard.

Pada mulanya saya takut untuk menulis siri NOTAEDS (Nota Emas dan Syariah) ini. Takut pada kecaman. Takut pada kontroversi. Takut ianya open to criticism yang tidak bisa dikawal.

Tapi, atas galakan Dato’ Louis Ng – tulis dulu, nanti baiki lagi, maybe version 1, maybe sampai version 10 – dan semangat yang ditiupkan oleh Datuk Dr.Mohd Daud Bakar – saya ingat katanya, don’t too ambitious, the simple one will do as starter – maka saya lihat NOTAEDS ini satu keperluan. Manfaatnya jauh mengatasi mudharat.

Siri NOTAEDS ini adalah hasil kefahaman saya sendiri dari adunan ilmu, pengalaman, pembacaan dan penakulan selama ini berdasarkan bisnes model Public Gold. Kadang-kadang ia bernada cadangan. Namun ia bukanlah muktamad. Ia juga tidak semestinya betul 100%. Tapi yang pastinya ia adalah sesuatu yang boleh dijadikan pencetus dan pemula buah fikiran.

Terima kasih kepada semua pencinta ilmu yang rasional dan ikhlas untuk menuntut ilmu. Terima kasih kepada Syarif Jamil yang teramat-amat rajin (moga Allah mudahkan musafir ilmumu).

فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً ۖ وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ ۚ

Dan buih-buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tiada harganya, sedangkan yang bermanfaat kepada manusia itu akan tetap kekal di bumi [Surah Ar-Ra’du ayat 17]

Selamat membaca. Jilid seterusnya sedang dalam pembikinan.

#khairulanuarbasridotcom
#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*