Nota Emas Dan Syariah 1 #NOTAEDS1

#NOTAEDS1

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita faham biasa dalam bahasa ialah "aku jual" dan "aku beli".

Akad sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk duit. Oleh itu ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahami oleh penjual dan pembeli.

Sebab itu kita boleh berjual beli dengan mesin air tin, secara atas talian (online), secara tulisan email dan whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa ada lafaz "aku jual" dan "aku beli".

Yang lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang yang bukan Islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya beragama bukan Islam.

#khairulanuarbasridotcom #publicgold #emasdansyariah #celikemas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*