Transaksi Gold Accumulation Program (GAP)

Program Akumulasi Emas (GAP)

Program Akumulasi EMAS (Gold Accumulation Program) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini di sokong 100%  dengan emas fizikal. Pemebli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas dimana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Ciri-ciri dan kelebihan GAP:

  1. Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24k)
  2. Pembelian minimum atau dalam gandaan RM50 ataupun 1 gram.
  3. Pemeblian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
  4. Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
  5. Tiada yuran simpanan.
  6. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja.
  7. Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal.
  8. Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan.
  9. Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction).
  10. Diaudit oleh juruaudit bebas.
  11. Urusniaga biala-bila masa. 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

 


Membuka akaun GAP | Pembelian kali pertama

Bagi tujuan pembelian emas pertama anda melalui kaedah GAP, akaun emas GAP perlu dibuka terlebih dahulu. Ikuti langkah berikut untuk membuka dan mengaktifkannya :

  1. Lihat harga emas GAP semasa di laman web Public Gold.
  2. Buat pembayaran berdasarkan harga GAP semasa ke akaun bank Public Gold

    PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

    MBB                     : 5571-3923-8048

    PUBLIC BANK  : 316 752 8033

  3. Serahkan detail berikut ke Public Gold melalui kaedah email ataupun Whatsapp beserta bukti pemindahan wang ke akaun Public Gold | email : asb@publicgold.com.my @ whatsapp : 017-486 6916 (ally)

whatsappgap

whatsappgap2
4. Terima pengesahan akaun GAP melalui email yang di hantar oleh Public Gold.

Nota : Sebagai dealer Public Gold ( Mohd Razani – PG018539) saya boleh menjadi wakil untuk membukakan akaun GAP anda. Hubungi saya di nombor 011-21207561 untuk bantuan.


Menambah Emas Akaun GAP

Penambahan amaun gram emas bagi akaun GAP boleh di lakukan melalui 2 cara.

  1. Bank in – pindahan manual melalui online banking , Mesin ATM atau Mesin CDM. Pengemaskinian maklumat pembayaran dilakukan terus dalam akaun portal myGAP. Tidak perlu hantar Whatsapp atau email.
  2. FPX – Belian terus melalui web Public Gold.

Menjual Emas Akaun GAP

Penjualan semula boleh dilakukan dengan membuat permohonan di akaun portal myGAP.

 


Pengeluaran Emas Fizikal Akaun GAP

  • Emas didalam akaun GAP boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri oleh pembeli. Public Gold akan mengenakan sedikit yuran pengeluaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  • Pengeluaran minimum ialah sebanyak 1 gram emas.
  • Baki minima 1 gram perlu dikekalkan didalam akaun bagi membolehkan akaun GAP tetap aktif. Sekiranya semua jumlah emas dikeluarkan, public Gold akan mengenakan cas RM50 bagi tujuan pengaktifan semula akaun GAP di masa hadapan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*