Buku ZERO HUTANG!

Sinopsis Dari Pengarang Buku

Jutaan terima kasih kepada Team Galeri Ilmu atas penerbitan buku sulong saya.

Buku “Zero Hutang” dah sampai ke tangan saya. Walaupun itu tulisan saya sendiri, tapi saya sendiri excited baca buku ini berulang-ulang kali. Seolah-olah seperti pertama kali membaca tulisan ini.

Ianya Tentang “Prinsip”, Bukan “Teknik”

Buku ini tentang PRINSIP kewangan yang saya ceritakan berdasarkan PENGALAMAN sebenar sejak mula menulis tahun 2007 lagi. Waktu tu, saya menulis dan sebarkan dalam yahoogroup sahaja. Kemudian diangkat kepada blogwww.mohdzulkifli.com atas saranan sahabat saya Sdr Mohd Hafizi Rameli. Artikel terpilih dari blog ini diambil, disusun dan diedit semula supaya ia memudahkan pembaca. Secara jujurnya, saya lebih suka baca dalam bentuk buku berbanding tulisan dari blog. Ia lebih berkesan dan lebih mudah dijadikan rujukan pada masa depan.

Tiada Teknik Ajaib Langsai Hutang

Bagi bakal pembeli, buku ini tak menjanjikan sebarang TEKNIK AJAIB menyelesaikan masalah kewangan. Buku ini tak banyak menceritakan tentang TEKNIK, tapi ia menekankan soal PRINSIP sebab prinsip kewangan kekal relevan sepanjang zaman.

Apa yang diamalkan oleh orang kaya Zaman Babylon, prinsip yang sama juga digunakan oleh orang kaya zaman sekarang. Tetapi TEKNIK orang Zaman Babylon semestinya tak sama dengan sekarang sebab, “teknik” sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, tetapi “prinsip” akan kekal sampai kiamat.

Cara Membeli Secara Online

Siapa nak dapatkan buku ini, boleh beli terus di kedai-kedai buku terdekat mulai bulan Mei 2015. Harga RM15.00 (Semenanjung) / RM17.00 (Sabah dan Sarawak). Bagi yang nak jimat masa, jimat kos tol dan petrol, boleh beli terus secara online dengan tambahan caj penghantaran;

  • RM7 Poslaju Semenanjung (termasuk GST)
  • RM11 Poslaju Sabah / Sarawak (termasuk GST)

Hantarkan wassap / sms / pm isteri saya Najdah Mohammed Hussain(019-9272780). Mohon maaf, saya tak sempat handle hal ehwal buku ini sendiri. Saya lantik beliau sebagai COO hal ehwal buku ni. Semua buku-buku yang dibeli melalui isteri saya, akan dapat TANDATANGAN saya berserta CATATAN NASIHAT KEWANGAN ringkas sebagai motivasi.

Akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Ilmu atas usaha menerbitkan buku ini. Mudah-mudahan ia menjadi “pahala pencen” (selepas mati) untuk saya dan semua yang terlibat. Dan terima kasih kepada semua pembaca yang menjadi tetamu blog ini. Teruskan belajar ilmu-ilmu kewangan kerana saya percaya, kekayaan kita akan bertambah seiring dengan bertambahnya ilmu. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli Damansara Damai 26 Mac 2015 5 Jamadil Akhir 1436

Web : www.mohdzulkifli.com

Buku ZERO HUTANG – Senarai Kandungan

cover-buku-zero-hutang-1024x766

#1 – MENGURUS SIMPANAN

  • Prinsip Penting Menyimpan Wang
  • Emas, Simpanan Untuk Dilupakan
  • Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!
  • Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan
  • Selamatkan Duit Cepat-cepat
  • Selamatkan Simpanan Kepada Emas!
  • Simpan Tiga Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

#2 – MOTIVASI KEWANGAN

  • Duit, Rumah Tangga dan Bahagia
  • Emas Juga Real Property!
  • Menghadapi Episod Kegawatan
  • Kaya atau Sempit, di Mana Silapnya?
  • Kaya Tak Berduit
  • Keluarkan Diri Dari Kesempitan – Sedikit Pengalaman
  • Miskin dan Kaya : Mana Lebih Baik?
  • Nak Beli Emas, Tetapi Modal Kecil
  • Rugi Beli Kereta

#3 – PENGURUSAN HUTANG

  • AWAS! Taktik Terbaharu Penipuan Kad Kredit
  • Beli Rumah Tanpa ‘Hutang’
  • Beri Hutang : Antara Gagal dan Berjaya
  • Beli Hutang : Bukan Jalan Membuat Untung
  • Hutang Berkat, Hutang Mudarat
  • Hutang Perlu atau Hutang Mahu?
  • Langsaikan Hutang Cara Nabi
  • Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

#4 – STRATEGI KEKAYAAN

  • Dua Kerugian Beli Rumah Paling Mampu
  • Tiga Nasihat Kewangan Siswazah Baharu
  • Awas, Perangkap Masa Untuk Duit!
  • Bagaimana Orang Kaya Jadi Kaya?
  • Beli Kereta, Kesilapan Biasa Siswazah Baharu
  • Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang”
  • Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah
  • Hidup di Bawah Kemampuan
  • Jalan Sebenar Bebas Kewangan
  • Tip Jimat, Minimumkan Tunai Dalam Tangan
  • Hidup Yang Lebih Bermakna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*